Thursday, September 13, 2007

Sebab tu laaa....

It's been a week full of frustration for me. Come on, people expect us to deliver but how could we if there are always people of so called importance always meddle with our work??? U tell me!!!
Oh.. anyway, the next sentence onward is going to be in malay, in honor of the Bulan Bahasa & Sastera Kebangsaan 2007 ( Which no one in my office knew about it.. sad huh? working at the administrative centre but doesn't know about what's going on in the country... )

Saya mulakan sekali lagi tulisan kali ini dengan satu pertanyaan.

Apa itu amanah dalam bekerja?

Saya telah mula berkhidmat di sini sejak 4 bulan yang lalu. Pada mulanya saya datang dengan penuh semangat dan hati yang ikhlas untuk berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Azam saya ialah untuk menghapuskan pandangan negatif masyarakat terhadap stigma perkhidmatan awam.

Umum tahu bahawa perkhidmatan awam sering dipandang rendah oleh kebanyakan orang awam. Kenapa? Perlukah saya mengulas lanjut? Baiklah.. untuk kebaikan mereka yang masih kabur tentang perkara ini.

Perkhidmatan awam dikatakan lemah dalam sistem penyampaian terutama nya perkhidmatan. Perkhidmatan awam sering dikaitkan dengan dengan rasuah, kroni, orang dalam, kurang mesra, lambat, karenah birokrasi dan pelbagai lagi imej negatif. Walaupun kerajaan kebalakangan ini mewar-warkan pelbagai slogan dan kempen bagi mengatasi masalah tersebut, sejauh manakah ianya dipatuhi oleh lebih 1 juta kakitangannya?

Kali ini saya merasa sangat terpanggil untuk menulis mengenai amanah.

Apabila menyebut tentang amanah, kita selalunya membayangkan polis atau jpj menerima duit kopi , ataupun kes ahli lembaga pengarah pecah amanah.. atau pun kes ahli politik wang.. tapi itu adalah secara kasar..
secara halusnya..
bagaimana dengan kes ini?

Pegawai bawahan A ditugaskan untuk menguruskan pertukaran dan penempatan pegawai di kementeriannya. Selama ini terlalu ramai pegawai dari seluruh malaysia yang menghubungi pegawai tersebut dengan harapan permohonan masing-masing akan diluluskan dengan kadar yang segera. Pegawai A menerangkan kepada setiap orang bahawa mereka perlu mengikut prosedur yang ditetapkan. Kenapa perlu ikut prosedur?? Kerana- ini adalah untuk kepentingan perkhidmatan. Sekiranya semua orang dibenarkan bertukar sesuka hati, bayangkan kesan yang akan dihadapi oleh perkhidmatan yang ditawarkan dan akhirnya akan melibatkan masyarakat setempat.

Tapi sayangnya, masih ramai pegawai-pegawai kerajaan yang ego dan mementingkan diri sendiri dan merasakan masalah dirinya adalah masalah terhebat di dunia lantas menggunakan cara kotor untuk memastikan permohonannya diluluskan.

Pernahkah mereka ini terbayang kesannnya kepada perkhidmatan????. Ini akan menimbulkan masalah dalam penyampaian perkhidmatan secara langsung dan secara tidak langsung pula akan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pegawai lain yang bagaikan si dungu menunggu giliran untuk ditukarkan. Dan tentu sekali ianya satu masalah kepada saya untuk menerangkan kepada pegawai-pegawai lain kenapa si polan dan si anu dapat ditukarkan tanpa mengikut prosedur?? Pegawai -pegawai ini adalah dari golongan profesional. Mereka tidak akan dapat menerima jawapan seperti ' Oh.. si polan tu ada kabel., abang dia somebody, bapak dia kenal orang , oh.. bapak dia pengarah la! dsb.. '!!

Kesannya.. ini akan menebalkan rasa tak puas hati dan tertindas pegawai dan meningkatkan kebarangkalian mereka meningglkan perkhidmatan kerajaan dan berkhidmat dengan swasta. Ini adalah satu kerugian besar kepada kerajaan kerana mereka adalah aset penting. Jutaan ringgit telah dibelanjakan kerajaan untuk menyara pengajian mereka dan kerana sikap tidak amanah sesetengah pihak, masyarakat kerugian.

Tetapi, apa yang menguatkan rasa kesal saya adalah, yang mengamalkan sikap tolong kroni ini adalah bukan ketua yang tertinggi, tetapi mereka yang dibawahnya. Menteri sudah pesan jangan guna kabel demi kepentingan perkhidmatan tetapi menteri tidak tahu apa yang terjadi. Menteri tidak tahu yang ketua bahagian sekian, pengarah sekian, setiausaha bahagian sekian menggunakan kuasanya untuk bertindak di luar prosedur dan menolong sedara mara, sahabat handai dan rakan taulannya.Alhamdulillah , menteri sekarang belum pernah lagi masuk campur dalam urusan-urusan ini.

Persoalannya di sini.

Bagaimana dengan mereka yang hanya lah anak orang kebanyakan yang tidak punya kenalan di pihak pengurusan tinggi??? Siapa yang akan membela nasib mereka??
Harus di ingat setiap yang memohon mempunyai alasan yang kukuh dan sebab tersendiri.

Saya akan ingat mereka dan saudara mara mereka yang tidak amanah ini hingga ke akhir hayat.. untuk pengajaran dan peringatan kepada diri sendiri.

Saya tahu.. mungkin ada yang berkata, kalau tak pakai kabel, tak dilayan.

Pemikiran ini lah yang harus dibuang!!!!!

Kerana anda telah mengulang semula kitaran yang tidak sihat. Yang paling saya sedih, 100% kes kroni yang saya lihat adalah melibatkan kaum saya sendiri.

Kita melenting jika kaum kita dipersenda, kita melenting jika perkhidmatan awam dikeji, tetapi kita tidak berusaha untuk membaikkan keadaan.

Pesanan saya.. sekiranya anda berada di posisi yang berkuasa, ingatlah.. jangan menindas orang lain, dan jangan menolong kroni hanya kerana mereka kroni anda. Kaji lah dahulu alasan mereka. Dan kepada semua pegawai .. ingatlah.. nama pun pegawai awam, berkhidmatlah untuk orang awam. Sekiranya tak mampu, berhenti. Ni tidak.. nak kerja dengan kerajaan, nak cuti banyak, nak bonus, nak naik pangkat , nak cepat sambung belajar .. semuanya nakkkk.... tetapi tidak mahu menyumbang kepada masyarakat di pedalaman. eeeeee... geram!


saya akhiri dengan satu lagi pertanyaan.

Amanahkah anda????????????????????????????????????????